Monday 28 May 2012

New


Mula Pada Hari Ini Pihak FB Magazine akan menerbitkan secara mingguan supaya cerita lebih banyak untuk tatatpan anda….untuk pertama kalinya, Pihak FB Magazine akan paparkan khas Untuk Anda…klik sini berita penuh


Wednesday 23 May 2012

Kasus

 Fird Fadir kebas 4 botol perfume berjenama

Berperwatakan baik di luar tidak bermakna hati tu ikhlas berkawan. Ini yang terjadi oleh seorang member kita di facebook setelah di tipu member facebook yang di kenali sebagai “Fird Fadir”.


Dia kenal “Fird Fadir” ni dari seorang kawan dia, dan di mempercayai “Fird Fadir”sebab mempunyai perwatakkan yang baik. Jadi pada waktu itu di mangsa meminta tolong kepada “Fird Fadir” untuk menjual semua stok perfume yang dia ada sebab sewaktu itu dia ingin balik ke kampung halamannya.

Hari demi hari, minggu demi minggu, dan sampai berbulan-bulan langsung tidak dengar berita, call pun tidak jawab message kat facebook pun tidak dib alas, dari situla si mangsa merasa ketidakpuas hati kepada “Fird Fadir” ni..So buat rakan-rakan facebook, beringat jangan trust orang yang baru kita kenal sebab kita belum tahu siapa dia sebenarnya….

Tuesday 22 May 2012

Berita Artis


Datuk Sharifah Aini Di Masukkan Ke Hospital

Mr.FB baru sahaja membaca laman rasmi Facebook “Datuk Sharifah Aini”, dan status terbaru yang telah diupdate oleh kawan rapat beliau, mengatakan beliau telah di masukkan ke salah sebuah Hospital pakar di ibukota.

Laman rasmin itu menyatakan, Paru-paru beliau telah di jangkiti kuman dan sedang di rawat di hospital tersebut. Beliau adalah seorang Primadona yang memiliki “Gold Voice” adalah seorang artis yang begitu lama di persada seni tanah air kita.

Dan  beliau sekarang tengah sibuk menjayakan program realiti tv “Mentor 6” sebagai juri dan selaku pengkritik tetap rancangan terbitan TV3 itu.

Mari kita sama-sama doakan semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Gambar Oleh: Paparazzi

Isu Politik


Adakah Saiful Bukhari Teraniaya?

TAK tahulah apa strategi Anwar pakai apabila melantik bekas ketua pendakwaan kes liwatnya , Datuk Yusof Zainal Abidin sebagai peguam yang mewakilinya dalam kes Bersih ini.

Pada yang tak tahu, ini kali kedua Anwar buat tindakan hampir serupa, kali pertama dengan melantik Karpal Singh sebagai peguam bela dalam kes liwat sama, walhal Karpal Singh jugalah yang mula-mula menuduhnya sebagai peliwat pada 1997.

Memang perjalanan kes liwat antara Anwar dengan Saiful Bukhari ini semacam ada tidak kena dari mula. Nampak macam ada kelemahan ketara di pihak pendakwaan bila tidak langsung membantah puluhan penangguhan yang dipohon oleh Anwar.

Sehingga menyebabkan kes mudah macam ini pun berlarutan hampir 3 tahun.

Sepanjang masa itulah, berkoyan-koyan, kalau tak bertan-tan sumpah seranah macai Pakatan haram dilempar kepada Yusof yang mengetuai pendakwaan Anwar ketika itu, tapi penyudahnya orang itu jugaklah diambil Anwar untuk mewakilinya dalam kes Bersih ini. Macam dah takde peguam lain ya.

Apa jadi dengan macai yang disebutkan di atas? Korang berlumba-lumbalah jilat balik ludah yang dulu di halakan kepada Yusof. Jangan salahkan orang lain, salahkan Anwar dan diri sendiri kerana menyokong Anwar.

Penulis rasa, Peguam Negara wajib bagi penjelasan dalam hal ini. Adakah ketirisan berlaku di pihak pendakwaan sepanjang kes Anwar berjalan, dilihat dari pendirian yang diambil Yusof sekarang dengan membela Anwar pula.

Kalau ada ketirisan, pastikan sama ada wujud sogokan atau wang yang terlibat. Sekarang ni sudah semacam ada trend di Malaysia ini, etika dan profesionalisme tidak dipedulikan demi kepentingan politik kepartian. Dan Anwar memang diketahui punya sumber yang hampir tidak terbatas untuk merealisasikan perkara tersebut.

Dalam kes NFC saja cukup. Kerani bank pun diperalatkan untuk menyampaikan dokumen sulit akaun pelanggan kepada PKR dan kemudiannya dijadikan isu politik yang tidak berkesudahan.

Dan kini peguam dan Jabatan Peguam Negara pula.


Mr.FB Komen: Hmmm, dalam kes ini adakah sah Saiful teraniaya atau rupa-rupanya memang dah lama le agaknya si Yusof ni jadi balaci Anwar, aku setuju dengan apa yang ditulis Adamyan dari MyKMU ni. Sebab tu kes tu tertangguh begitu lama, alih-alih Anwar bebas!

Fikir Dan Nilai Sendiri


Gambar Oleh: Paparazzi

Monday 21 May 2012

Panas!!


ISU PANAS: FAKE PROFILE


Sejak kebelakangan ini ramai yang membuat fake profile dan fake picture yang palsu. Mr.FB memandang perkara ni agak serius dan boleh menimbulkan keraguan di antara kedua-dua belah pihak.

Sikap sebegini di anggap menipu orang lain dengan tubuh badan yang sexy, muka yang cantik atau hensem, tetapi rata-rata rakan facebook banyak terkena dengan tipu daya orang yang x bertanggungjawab ini.

Bukan itu saja mereka sanggup membuat kekacauan di dalam group-group yang ada di dalam facebook.Mr.FB berharap agar para pengguna tidak terpedaya dengan “Fake Profile” Yang telah menjalar di dalam facebook pada masa ini.

Sebagai contoh Mr.FB telah menjumpai satu profile yang di beri nama “Engku Faris Iskandar” dan Mr.FB cuba siasat siapakah yang punya profile ini. Mengikut siasatan Mr.FB, mendapati akaun Ini sah “Fake Profile” So rakan-rakan Facebook berhati-hati dengan  Profile Ini.

Dengan tersiarnya isu ini dalam FB Magazine, di harap Rakan-rakan Facebook berhati-hati untuk approve rakan anda.

Berita Facebook


Cikgu Shida Lebih Popular Di Youtube



Siapa tidak kenal dengan “Cikgu Shida And The Miming Arts”. Video miming beliau selalu manjadi bualan orang di dalam “Youtube”.

Tetapi, Apa yang Mr.FB menjenguk di dalam profile facebook beliau, friendlist beliau di dalam akaun Facebook jauh berbeza dari jumlah orang melihat video dia di dalam Youtube. Kebiasaannya kalau dah dalam Youtube beratus ribu orang yang klik, mestila akaun Facebook dia jugak beratus ribu orang.

Hurm…ini berkemungkinan besar jugak orang tidak tahu apa profile Cikgu Shida kita sehinggakan orang susah nak cari Cikgu Shida Di dalam Facebook.

Untuk pengetahuan pembaca, Cikgu Shida perlukan sokongan anda supaya Miming Arts Ini tidak dilupakan sebab Miming Arts ini sudah lama wujud kita jer yang tak tahu Miming Arts ini adalah satu seni.

Kepada peminat-peminat “Cikgu Shida”, Jangan Lupa add beliau di laman Facebook dia sendiri www.facebook.com/artofmiming unntuk mengetahui aktiviti dan perkembangan beliau.


Video Music Pilihan


Koleksi Terbaik Lagu Azmir Arif



Video Music Azmir Arif-Lagu Zapin Kelana




Video Clip Azmir Arif-Lagu Maafkan Aku





Video Clip Azmir Arif-Lagu Aku Single




Lagu Terbaru Promo-Laila One More Time


Bicara Artis: AZMIR ARIF


Azmir Arif Artis Yang Mulai Meningkat Naik



“Azmir Arif” artis yang lahir dari program reality TV iaitu “One In Million” ini tidak asing lagi buat kita. Walaupun bersuara sengau ketika bercakap, tetapi bila menyanyi sesebuah lagu, amat lunak dan merdu suaranya.

Berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang ini merupakan seorang artis yang berdiri sendiri suka berdikari tanpan bantuan orang lain. Baru saja merakamkan Album Single Pertama yang berjudul “Laila One More Time” sememangnya mempunyai aura tersendiri, bila kita mendengar lagu ini.

Mr.FB baru sahaja menemuramah beliau dalam laman social Facebook sebentar saja tadi, terasa amat berbesar hati kerana beliau bukan nya sombong serta ramah dengan perminat-perminat nya. Beliau jugak amat meminati lagu-lagu tradisional dan penah merakamkan album mini beliau yang berjudul “Kurniaan”.

Kuasa Allah s.w.t amat menakjubkan dan tiada tandingan kerana Walaupun Azmir Arif Mempunyai kekurangan dari segi percakapannya tetapi Allah mengurniakan suara lemak merdu untuknya, Subhanallah….

Apa yang perlu di sini, Kekuatan untuk kita berusaha dan kikis sikap rendah diri yang perlu dikikiskan.Mr.FB respect dangan Azmir kerana beliau mempunyai kekuatan untuk terus berusaha sehingga mencapai apa yang beliau kecapi pada hari ini.




Dari FB Magazine mendoakan agar Azmir sukses dalam bidang nyanyian dan jangan berputus asa untuk mencapai apa yang di impikan..


Jom Follow Beliau Di Twitter : @azmirarif

Ragam...Dunia


Mr.FB baru jer mendapat berita ini, yang mengatakan pemuda terkenal dengan nama panggilannya di facebook “Andrian Eyan” yang berasal dari Pasir Gudang Johor ini, telah pun putus cinta.

Selepas mendapati dirinya kecewa dia bertindak untuk menunggang motorsikal kepunyaan beliau dengan laju sehingga berlakunya kemalangan terhadap beliau.
Allah masih lagi memanjang usia beliau dan beliau Cuma mendapat cedera ringan sahaja.

Bukan itu sahaja, beliau dengan bangga mengatakan cedera yang beliau dapat ini tidak sakit, tetapi luka yang beliau tanggung selepas putus cinta amat sakit dari segala-galanya. Beliau adalah mat rempit yang tegar dan dia sempat mengajak kawan-kawan dia untuk membawa motor sambil memandu dengan laju supaya sama-sama dapat merasa kekecewaan yang beliau tanggung

Macam-macam ragam manusia zaman sekarang, disebabkan cinta, manusia boleh buat apa sahaja..betapa hebatnya cinta sesame manusia tapi yang hairan nya tidak ramai yang mencintai Agama yang dianuti, Tuhan Yang di sembah dan Rasul yang kita junjung kerana manusia cuma fakir cinta itu indah bila bersama pasangangnya sahaja.

Sunday 20 May 2012

Ikon


Nabil Ashraf Mengharumkan Malaysia

Namanya bukan asing lagi bagi rakan-rakan facebook, Cuma dia belum di ketengahkan lagi di persada hiburan tanah air kita.
“Nabil Ashraf” Anak Kelahiran Negeri Artis No 1 Malaysia “Datuk Siti Nurhaliza” ini mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Melanjutkan pelajaran di Universiti Institut Teknologi Malaysia (UITM) Shah Alam  dalam jurusan Diploma Dalam Music, sudah cukup menunjukkan budak ini berbakat dalam bidang seni suara. Baru sahaja berumur 20 tahun, beliau sudah mempunyai bakat yang besar dan pernah mewakili Malaysia ke Thai-Malaysia Cultural Festival, dan sekaligus mengharumkan nama Malaysian Di sana.
 
Mr.FB berbangga dengan kejayaan Nabil Ashraff ni. Dan Semalam dia dan rakan-rakannya telah di beri kepercayaan untuk  menjayakan Konsert Mania Akhir sebagai penyanyi suara latar.

Diharap anak didik cikgu shafi ni, akan menjadi penyanyi yang terkenal satu hari nanti. Pihak FB Magazine mengucapkan tahniah dan turut berbangga kerana dapat mengenali “Nabil Ashraf”.


Mr.FB.
FacebookMagazine. Powered by Blogger.