Monday 21 May 2012

Ragam...Dunia


Mr.FB baru jer mendapat berita ini, yang mengatakan pemuda terkenal dengan nama panggilannya di facebook “Andrian Eyan” yang berasal dari Pasir Gudang Johor ini, telah pun putus cinta.

Selepas mendapati dirinya kecewa dia bertindak untuk menunggang motorsikal kepunyaan beliau dengan laju sehingga berlakunya kemalangan terhadap beliau.
Allah masih lagi memanjang usia beliau dan beliau Cuma mendapat cedera ringan sahaja.

Bukan itu sahaja, beliau dengan bangga mengatakan cedera yang beliau dapat ini tidak sakit, tetapi luka yang beliau tanggung selepas putus cinta amat sakit dari segala-galanya. Beliau adalah mat rempit yang tegar dan dia sempat mengajak kawan-kawan dia untuk membawa motor sambil memandu dengan laju supaya sama-sama dapat merasa kekecewaan yang beliau tanggung

Macam-macam ragam manusia zaman sekarang, disebabkan cinta, manusia boleh buat apa sahaja..betapa hebatnya cinta sesame manusia tapi yang hairan nya tidak ramai yang mencintai Agama yang dianuti, Tuhan Yang di sembah dan Rasul yang kita junjung kerana manusia cuma fakir cinta itu indah bila bersama pasangangnya sahaja.
FacebookMagazine. Powered by Blogger.