Sunday 20 May 2012

Ikon


Nabil Ashraf Mengharumkan Malaysia

Namanya bukan asing lagi bagi rakan-rakan facebook, Cuma dia belum di ketengahkan lagi di persada hiburan tanah air kita.
“Nabil Ashraf” Anak Kelahiran Negeri Artis No 1 Malaysia “Datuk Siti Nurhaliza” ini mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Melanjutkan pelajaran di Universiti Institut Teknologi Malaysia (UITM) Shah Alam  dalam jurusan Diploma Dalam Music, sudah cukup menunjukkan budak ini berbakat dalam bidang seni suara. Baru sahaja berumur 20 tahun, beliau sudah mempunyai bakat yang besar dan pernah mewakili Malaysia ke Thai-Malaysia Cultural Festival, dan sekaligus mengharumkan nama Malaysian Di sana.
 
Mr.FB berbangga dengan kejayaan Nabil Ashraff ni. Dan Semalam dia dan rakan-rakannya telah di beri kepercayaan untuk  menjayakan Konsert Mania Akhir sebagai penyanyi suara latar.

Diharap anak didik cikgu shafi ni, akan menjadi penyanyi yang terkenal satu hari nanti. Pihak FB Magazine mengucapkan tahniah dan turut berbangga kerana dapat mengenali “Nabil Ashraf”.


Mr.FB.
FacebookMagazine. Powered by Blogger.