Monday 21 May 2012

Bicara Artis: AZMIR ARIF


Azmir Arif Artis Yang Mulai Meningkat Naik



“Azmir Arif” artis yang lahir dari program reality TV iaitu “One In Million” ini tidak asing lagi buat kita. Walaupun bersuara sengau ketika bercakap, tetapi bila menyanyi sesebuah lagu, amat lunak dan merdu suaranya.

Berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang ini merupakan seorang artis yang berdiri sendiri suka berdikari tanpan bantuan orang lain. Baru saja merakamkan Album Single Pertama yang berjudul “Laila One More Time” sememangnya mempunyai aura tersendiri, bila kita mendengar lagu ini.

Mr.FB baru sahaja menemuramah beliau dalam laman social Facebook sebentar saja tadi, terasa amat berbesar hati kerana beliau bukan nya sombong serta ramah dengan perminat-perminat nya. Beliau jugak amat meminati lagu-lagu tradisional dan penah merakamkan album mini beliau yang berjudul “Kurniaan”.

Kuasa Allah s.w.t amat menakjubkan dan tiada tandingan kerana Walaupun Azmir Arif Mempunyai kekurangan dari segi percakapannya tetapi Allah mengurniakan suara lemak merdu untuknya, Subhanallah….

Apa yang perlu di sini, Kekuatan untuk kita berusaha dan kikis sikap rendah diri yang perlu dikikiskan.Mr.FB respect dangan Azmir kerana beliau mempunyai kekuatan untuk terus berusaha sehingga mencapai apa yang beliau kecapi pada hari ini.




Dari FB Magazine mendoakan agar Azmir sukses dalam bidang nyanyian dan jangan berputus asa untuk mencapai apa yang di impikan..


Jom Follow Beliau Di Twitter : @azmirarif
FacebookMagazine. Powered by Blogger.