Adakah Saiful Bukhari Teraniaya?
TAK
tahulah apa strategi Anwar pakai apabila melantik bekas ketua pendakwaan kes
liwatnya , Datuk Yusof Zainal Abidin sebagai peguam yang mewakilinya dalam kes
Bersih ini.
Pada yang tak tahu, ini kali kedua Anwar buat tindakan hampir serupa, kali pertama dengan melantik Karpal Singh sebagai peguam bela dalam kes liwat sama, walhal Karpal Singh jugalah yang mula-mula menuduhnya sebagai peliwat pada 1997.
Memang perjalanan kes liwat antara Anwar dengan Saiful Bukhari ini semacam ada tidak kena dari mula. Nampak macam ada kelemahan ketara di pihak pendakwaan bila tidak langsung membantah puluhan penangguhan yang dipohon oleh Anwar.
Sehingga menyebabkan kes mudah macam ini pun berlarutan hampir 3 tahun.
Sepanjang masa itulah, berkoyan-koyan, kalau tak bertan-tan sumpah seranah macai Pakatan haram dilempar kepada Yusof yang mengetuai pendakwaan Anwar ketika itu, tapi penyudahnya orang itu jugaklah diambil Anwar untuk mewakilinya dalam kes Bersih ini. Macam dah takde peguam lain ya.
Apa jadi dengan macai yang disebutkan di atas? Korang berlumba-lumbalah jilat balik ludah yang dulu di halakan kepada Yusof. Jangan salahkan orang lain, salahkan Anwar dan diri sendiri kerana menyokong Anwar.
Penulis rasa, Peguam Negara wajib bagi penjelasan dalam hal ini. Adakah ketirisan berlaku di pihak pendakwaan sepanjang kes Anwar berjalan, dilihat dari pendirian yang diambil Yusof sekarang dengan membela Anwar pula.
Kalau ada ketirisan, pastikan sama ada wujud sogokan atau wang yang terlibat. Sekarang ni sudah semacam ada trend di
Dalam kes NFC saja cukup. Kerani bank pun diperalatkan untuk menyampaikan dokumen sulit akaun pelanggan kepada PKR dan kemudiannya dijadikan isu politik yang tidak berkesudahan.
Dan kini peguam dan Jabatan Peguam Negara pula.
Mr.FB Komen: Hmmm,
dalam kes ini adakah sah Saiful teraniaya atau rupa-rupanya memang dah lama le
agaknya si Yusof ni jadi balaci Anwar, aku setuju dengan apa yang ditulis
Adamyan dari MyKMU ni. Sebab tu kes tu tertangguh begitu lama, alih-alih Anwar
bebas!
Fikir Dan Nilai Sendiri
Gambar Oleh: Paparazzi
Gambar Oleh: Paparazzi