Saturday 19 May 2012

Konsert


Jason Mraz Christina Perri Datang Malaysia Jun Ini


KUALA LUMPUR, 18 MEI 2012: Jun ini pasti menjadi bulan yang sangat istimewa buat peminat dua nama besar penyanyi antarabangsa, Jason Mraz dan Christina Perri kerana mereka bakal beraksi di Kuala Lumpur serentak dalam bulan yang sama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Jar of Hearts dan A Thousand Years, Christina Perri ini bakal membuka tirai Jun ini dengan membuat persembahannya menerusi Christina Peri Live In Kuala Lumpur di KL Live pada 7 Jun ini, jam 8.30 malam.

Tiket untuk Christina Perri Live in Malaysia anjuran kerjasama JS Concert Productions dan Fatboys itu sudah pun mula dijual bermula 16 April lalu.
Tiket berharga RM 258 (Rock Zone), RM 188 (Upper Tier) dan RM 98 (Regular) dan boleh didapati di tempat-tempat yang berikut: Rock Corner (KLCC, The Curve, Subang Parade, One Utama, The Gardens, Midvalley, The Curve) Victoria Music Centre (Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall) dan cawangan The Guitar Store (Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong dan KL Live).

Tiket konsert Christina Perri ini juga boleh didapati secara online menerusi www.ticketpro.com.my ataupun di talian Hotline, 03-7880 7999.
Selepas Christina Perri, disusuli pula dengan sebuah konsert penyanyi dan komposer Amerika Syarikat, Jason Mraz yang akan menggegarkan Malaysia dengan sebuah konsert untuk jelajah album terbarunya, Tour Is A Four Letter Word yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Jun ini jam 8.30 malam.
Bukan kali pertama ke Malaysia, penyanyi yang popular dengan lagu I'm Yours ini pernah muncul di Malaysia pada tahun 2009 semasa jelajah konsert untuk album terdahulu.

Mix FM telah dilantik sebagai radio rasmi dengan disokong oleh rangkaian radio steten yang lain seperti Hitz FM, ERA dan My FM. Pendengar berpeluang untuk memenangi tiket konsert serta pertemuan eksklusif bersama penyanyi antarabangsa itu dalam sesi 'meet and greet'.
Selain itu, peluang menangi pas belakang pentas juga akan diberikan. Lapan pembeli tiket bertuah berpeluang mendapatkan pas berkenaan dan menemui Jason Mraz mengikut urutan pembelian seperti berikut, 200, 400, 800, 1000, 1200, 1400, dan 1600.
Tiket telah mula dijual melalui AirAsiaRedTix mulai hari ini dengan harga permulaan Arena : RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating); Terrace : RM235, RM75 (free seating).
Konsert Jason Mraz ini diadakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn Bhd dan Live Limited, dengan kerjasama bersama syarikat label muzik, Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment

FacebookMagazine. Powered by Blogger.