Ana Raffali Mahu Segera Timang Cahaya Mata
Justeru
Ana Rafali berkata, aktiviti seninya agak perlahan kerana dia kini mahu lebih
fokus dengan keluarga dan rumahtangganya yang baru dibina.
"Memang
saya agak senyap sedikit selepas berkahwin kerana saya sedang menyesuaikan diri
dengan perubahan hidup saya sekarang yang sudah bergelar isteri.
"Lagipun
rasanya, kami dalam fasa berbulan madu lagi kerana baru saya tahu nikmatnya
perkahwinan ini.
"Malah
saya sudah mula rasa perubahan pada diri saya yang kini mula belajar untuk
bertoleransi dan bertolak ansur dengan pasangan hidup," katanya yang
ditemui selepas sidang media Rercording Performers Malaysia (RPM), petang
semalam.
Sungguhpun
begitu, bagi melengkapi rumahtangganya yang baru dibina pada 25 Februari lalu,
penyanyi lagu Kalau Berpacaran itu berkata dia kini mengharapkan untuk dikurniakan
cahaya mata dengab segera.
"Saya
datang dari keluarga yang besar, sudah tentu rasa janggal apabila saya dan
suami sahaja berdua di rumah.
"Jadi
saya minta orang dil luar sana
mendoakan supaya kami segera menimang cahaya mata. Tambahan pula saya memang sukakan
kanak-kanak," luahnya lagi.
Sementara
itu, Ana memberitahu buat masa sekarang dia hampir menyiapkan single terbaru
berjudul Lisa Jatuh Cinta yang dijangka akan keluar bulan hadapan.
"Saya
menyepi bukan bermakna saya mahu memberhenti daripada bidang muzik sebaliknya
saya kini sedang memperbaiki diri saya terutama dari segi vokal.
"Malah
rakaman untuk single terbaru sudah pun siap. Cuma saya menunggu masa yang
sesuai sahaja untuk ianya ke udara di radio," tambahnya lagi. Selepas
keluar dengan single terbaru, Ana bakal menyiapkan album keduanya pula.
0 comments:
Post a Comment